Jul 12, 2004

erm....

Alhamdulillah...Creation dah tamat. Utk career seminar,dah pon buat post mortem. Semuanya dah mengaku salah memasing dan jujur! aku gembira dapat kerja ngan depa sume.Aku sebenarnya terlalu kagum dan bangga ngan bebudak program aku pasal ramai yg masih baru kat uia ni,tapi dah mampu nak hadap keje berguni. Weih! Ingat senang ke nak deal ngan ceo yg kami undang...susah beb! Bukan takat ceo malah celebriti tv cam norman kru..hehe!Memang terlalu banyak protokol.Sekali lagi aku nak cakap syukur kepadaNya kerana secara peribadi program kami bulehlah dikatakan berjaya...(aku tak bape yakin sampailah diyakinkan oleh madam Noraini...heh!)

Banyak yg perlu aku pelajari dan aku hadapi. Skang ni kena hadap program psyc4 tapi InsyaAllah...aku boleh nak hadap ngan study bersama. Yang sebetulnya aku sedang memikir ttg projek fasi ngan akademi aku ni. Ye ar...senior dah suruh buat program tapi oleh kerna sume sibuk..aku pon ade bingung sket! Isk..camne ni?? Ermm..aku harap sangat within this week aku bleh selesaikan working paper tu..InsyaAllah. Hidup beginilah,bukan senang nak senang dan bukan susah nak senang..Yeah!

Teringat plak dengan creation yg akan buat post mortem besar-besaran. Aku dengar ramai yg nak meletupkan acara,yelah mungkin tak puas hati ngan program tersebut. Aku cuma nak highlightkan ttg erti kepimpinan dan bekerja dalam kumpulan. Ingat lagi abg aku cakap (huh? abang??? hehe) Ye..dia kata ketua yg baik tak semestinya buleh jadi pengikut yg baik dan pengikut yg baik tak semestinya bleh jadi ketua yg baik. Memang aku selalu terfikir ttg perkara tersebut. Personally, aku mmg suka nak bekerja dengan sume orang..tak kisah kalo disusahkan, entahlah mungkin dah terbiasa dengan suasana masa kat skool dulu. Aku pon tak kisah kalo di bawah..yang pasti aku akan punya banyak idea bila di bawah,bebas bertindak dan sebagainya.

Bagi aku sbg ketua kita mesti bekerja dan treat pengikut dengan baik. yEAH..BUKAn MAKSUDNYA BUAT SUME KERJA MEREKA tetapi cuba hormat dan 'masuk' dalam keadaan mereka. Of Course, semua orang akan appreciate bila mana ada ketua yg sanggup menyelami keadaan mereka...dan usah! malah jangan sesekali mengarah membabi buta dan lantang menegur di khalayak. Ermm...terpanggil utk berceloteh ttg perkara ini kerana ada rasa tak puas hati dengan apa yang aku lihat dan perhati di Bumi Khaliq ni. Allahu! Aku harap segalanya akan baik di malam post mortem nanti...kita nak tahu mana silapnya dan bukan nak cari salah sesapa. Khusnus Zon..Aku harap dan berdoa agar sentiasa di landasan yang sama, fi toriqul jihad, InsyaAllah

No comments: